Tuesday, April 14, 2009

20 sen ke 50 sen?

Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa..terpandang akan dia signboard disitu..

"Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."

"Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar. Penjaganyabukan tahu pun" kata pemudadalam hati..

Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet.

"Akak.. sayabuang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.

"Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.

"Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20 sen"

"Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang airkecil..tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"

"Jadi?" tanya pemuda

"Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..

Xpe la tuan...

Seorang professor sedang memberikan kuliahnya dengan keramaian 300 orang murinya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

x kenal la...

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus.... Mana abang kenal isteri dia?

Sape Power?

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu diapun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata

"Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yangdua ekor pontianak tu ngangguk,

"Iya, nampak."

"Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak.

Dia pun pergi sekelibat jugak,
tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorangnampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek


"Iya,nampak", yang dua ngangguk juga.

"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".


Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya,
sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah dimukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "Gilaa ahh dia ni tak
sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambilmengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata, "Ngkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...


"Err aku tadi tak nampak".llaa...ghupe nyer yang last tadi telango tembok..sian bedarah mukenyer...ahak ahaka ahk

Siape yang kena...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.

Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...' Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.

Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi. bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..

"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...

"Boleh juga." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh ko ni Samat.kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni.. mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati...

tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya
hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa
mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... ada lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi...
sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan

Siapa Anda?

Seorang wartawan muda ditugaskan untuk membuat liputan mengenai peristiwa pembunuhan. Dia disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandunyanya. Setelah tiba di tempat kejadian, dia melihat terlalu ramai orang ditempat kejadian..

Wartawan itu mula menemuramah beberapa orang yang berdiri di situ untuk mendapatkan punca sebenar pembunuhan itu... Dia juga menemuramah beberapa anggota keluarga dan jiran mangsa.. tapi dia merasa belum puas.Lalu dia terlihat seseorang yang begitu ramah..

Si Wartawan berpikir.."Nampaknya lelaki ini baik orangnya dan sering tersenyum padaku, pasti dia bersedia memberikan keterangan yang lebih tepat.."Wartawa itu terus mendekati lelaki tersebut dan mula mengajukan beberapa pertanyaan.

Wartawan : "Apakah anda Jiran Mangsa?"

Lelaki : "Oh ... bukan."

Wartawan : "Kalau begitu anda ahli keluarganya?"

Lelaki : "Bukan juga"

Wartawan : "Kalau begitu apa hubungan anda dgn mangsa atau kejadian ini?"

Lelaki : "Tidak ada"

Wartawan : "Jadi kenapa anda ada di sini?"

Lelaki : "Sebab saya adalah pemandu yang membawa encik kemari.""

Bom Tangan

"Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.

"Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya,

"Ingat !, seperti bom tangan."

Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya....... "

Siapa Saya?

"Semester persekolahan baru sahaja bermula.Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu yang menggantikan seorang guru biologi sedang menerangkan activity untuk hari tersebut.

Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenalpasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas dipikir-pikir, dia still gagal untuk mengenalpasti keratan yang diberi kepadanya.

Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan belari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang asam pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi,masuk balik!!Sape ajar kamu berkelakuan demikian?"Kata cikgu tersebut dari dalam kelas.Pelajar tersebut hanya berdiam diri.

Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu tu pun berkata, "Siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar.Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal.

Lalu dia pun berkata,"Kalau cikgu pandai, cube cikgu teka siapa saya?""

Usahawan Kedekut

"Seorang pekerja sebuah stesyen tv telah menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan...

"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya..bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami.."

Usahawan itu menjawab"Pertama.. tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab.. "Maaf.. saya tidak tahu"

"Kedua.. tahukah anda yang abang saya.. seorang bekas tentera yang cacat dan buta dan hanya duduk di kerusi roda.. sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"

Pekerja itu sekali lagi menjawab.. "Maaf saya tidak tahu"

"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikitpun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

Pekerja itu tetap menjawab.. "Tidak.. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu..."

Usahawan itu menyimpulkan.."Jadi.. jika saya tidak memberikan wang pada mereka.. mengapa kamu berpikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"

Awas! Nangka Beracun....

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya.

Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya ditelakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'"

Dinosaur

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur.

Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?

Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab
Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.

Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?

Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Es' Stupido

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Ah Seng.
“Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakanpenyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata,
“Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng.
“Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”

Sorry seems to the EASIEST word

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka.

Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.

Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata..."I AM SORRY... .!!"

Sape Yang Bodohni?

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong

" King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan," Yes Sir !! Right A way !!"

Dengan pantas terus ke kedai kereta.Orang kaya I itu beritahu ke temannya,

" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo.

" Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,

King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Cium Punya Pasal

Seorang Yahudi, seorang tentera Rusia, seorang nenek dan seorang gadis cantik dalam sebuah kereta dari Kiev menuju Moscow.

Pada saat kereta memasuki terowong yang gelap, tiba-tiba terdengar suara ciuman disusul oleh bunyi tamparan. Ketika kereta keluar dari terowong itu, keempat orang tersebut berpandang-pandangan sambil berpikir

Nenek : Pasti salah seorang dari kedua lelaki cuba mencium gadis itu, dan ditamparnya.

Tentera Rusia : Sial, Yahudi itu mencium gadis itu, aku yang ditampar.

Gadis : Salah seorang dari dua lelaki itu pasti cuba menciumku tapi tersalah mencium nenek itu dan ditamparnya.

Yahudi : Hari ini hari yang membahagiakan untukku, kucium tanganku sendiri, lalu kutampar prajurit Rusia itu dan tidak ada yang marah

This is Not Yours

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...

"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...

"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

Tidak Ada!

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak...

"Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan..."Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar denganmenggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakanparang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akanperintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...

"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau danparang... dia selalu cakap... tidak ada!"

Kisah Pengemis Di Universiti

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

Malang Si Nenek

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu
jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.

Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Beruk

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Anjing Peliharaan

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.

Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".

Jejaka Sempurna

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.

"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"

Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata,
"Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!"

Supaya

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya..

Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya.. "Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor.. "Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu yang bertubi-tubi seperti tadi!"

Baca Doa Ye

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala masakannya.

Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"
"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.
"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.
Afiq segera menadah tangan dan berkata ...
"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"

Berita Buruk

Berita Buruk
Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakit: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini......